Monday, December 21, 2009

Fertigasi : Suatu Kaedah Alternatif Baru Yang Mudah & Lumayan.




CETUSAN IDEA, SERIBU HARAPAN


Ahad, 20 Disember 2009 | Sunday, December 20th 2009


Assalammualaikum & Salam Sejahtera...


*Latar Belakang Diri


Salam perkenalan, saya Imran Ahmad Fauzay, berasal dari negeri serambi makkah, Kelantan. Baru berusia pertengahan 20-an. Untuk makluman, saya merupakan lepasan Diploma dalam bidang Teknologi Binaan, lulusan dari sebuah institut pengajian tinggi awam di pantai timur tanahair. Setalah tamat pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat pembinaan swasta di selatan tanahair sebagai Penyelia Tapak dengan pendapatan RM1xxx/sebulan. Akibat projek pembinaan itu mengalami banyak masalah, memaksa saya pulang ke kampung halaman. Namun tidak lama saya menganggur, saya menawarkan diri untuk bekerja sambil belajar di sebuah kedai komputer seorang kenalan saya di bandar.



Pada awalnya, saya bekerja sebagai pembantu kedai namun selepas agak mahir, saya mula melakukan kerja-kerja sebagai juruteknik komputer seperti membaik pulih "hardware & software" komputer peribadi, laptop dan sebagainya. Dengan gaji sekitar dibawah RM5xx/sebulan. Genap 3 tahun saya bekerja di situ, saya mendapat tawaran kerja sebagai Pem. Eksekutif Cawangan di sebuah syarikat "Multi Level Marketing" (MLM) yang berasal dari Utara tanahair, dengan gaji sekitar RM1xxx/sebulan. Ok cukup! Jadi, itu serba sedikit latar belakang saya.



Sejak kebelakangan ini, seringkali kita terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani yang ada diantara mereka merupakan belia-belia muda & juga para graduan muda, namun mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil daripada tanaman dan juga ternakan yang mereka usahakan.



Satu demi satu kisah kejayaan usahawan-usahawan tani ini dipaparkan, sama ada di akhbar mahupun TV. Kisah-kisah ini amat mengujakan, kerana saya amat meminati bidang pertanian. Sememangnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian . Tetapi, disebabkan saya bekerja makan gaji.. maka niat tersebut terpaksa dipendamkan.



Namun saya merasakan sudah tiba masa untuk saya bekerja sendiri dengan menerokai bidang pertanian sebagai sumber pendapatan. Berbekalkan dengan kata-kata, "Pertanian Asas Perniagaan" saya mengambil nekad dan optimis untuk menerokai bidang ini. Dan kita juga sudah sedia maklum, yang perniagaan merupakan 90% punca rezeki manusia di muka bumi ini.



*Hasrat terpendam


Ditambah lagi dengan kekurangan sumber maklumat tentang bagaimana hendak memulakan serta menceburkan diri di dalam projek pertanian terutamanya berkaitan dengan kaedah fertigasi. Menyebabkan, hasrat saya untuk bergelar seorang usahawan tani yang berjaya terbantut.

Sehinggalah pada suatu hari, seorang kawan telah mempelawa saya mengikuti Kursus Asas Fertigasi dengan bayaran yang dikenakan sekitar RM200. Kursus tersebut adalah anjuran sebuah Agensi Swasta dan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah.


Kursus yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu, telah membuka minda saya serta menggerakkan hati saya untuk mendalami bidang fertigasi ini. Saya telah mendapat penjelasan serta penerangan secara terperinci oleh usahawan-usahawan yang telah berjaya yang kesemuanya merupakan bekas graduan daripada universiti malahan ada yang lulusan dari luar negara tetapi bukannya lulusan dalam bidang pertanian. Saya juga diajar kerja-kerja amali berkaitan dengan fertigasi serta sempat dibawa melawat ke sebuah tapak projek fertigasi yang nilainya mencecah ratusan ribu yang sedang diusahakan oleh seorang pesara tentera berpangkat Mejar.

Hasil daripada mengikuti kursus tersebut sangat-sangat bernilai serta amat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai yuran bayaran untuk menyertainya.


Selepas mengikuti kursus tersebut, saya mula mempertimbangkan dengan serius tentang hasrat saya yang ingin menjadi seorang usahawan tani yang berjaya sejak dulu lagi. Untuk itu, saya mula mengiatkan usaha saya mencari lebih banyak info serta ilmu tentang tanaman kaedah fertigasi ini dengan membaca buku , blog, menghadiri expo pertanian dan mengikuti seminar pertanian anjuran badan-badan kerajaan dan juga swasta.




*Berkongsi Ilmu

Bertitik tolak dari itu membuatkan saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang mengalami nasib yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian, khususnya fertigasi... tetapi malang , tidak mempunyai peluang untuk menghadiri kursus serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi menyebabkan, niat mereka untuk memulakan projek pertanian khususnya kaedah fertigasi ini terbantut. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?


Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya perolehi dulu dan menghimpunkannya, dan akhirnya, jadilah ia sebuah panduan yang lengkap tentang "Fertigasi : Suatu Kaedah Alternatif Baru Yang Mudah & Lumayan."


Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku, artikel-artikel, seminar-seminar dan juga serba sedikit dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman-pengalaman daripada petani lain.. kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah ebook panduan yang lengkap yang saya namakan...


*JILID LENGKAP - "Fertigasi : Suatu Kaedah Alternatif Baru Yang Mudah & Lumayan."



E-book ini lengkap kesemua Bab dari Jilid 1,2,3,4 . Ianya menerangkan kepada anda :

  • Terbahagi mengikut bab-bab demi memudahkan anda memahaminya

  • Memberi pendedahan awal mengenai asas-asas tanaman serta konsep pengenalan fertigasi.

  • Menerangkan proses fertigasi itu sendiri serta menjelaskan apa itu Sistem Pelindung Tanaman yang dipanggil SPT.
  • Menerangkan tentang projek tanaman fertigasi Cili dengan lebih jelas mengenai aspek seperti komponen-kompenan yang digunakan dalam fertigasi.

  • Menunjukkan proses-proses melakukan fertigasi bagi memberikan anda lebih pemahaman.
  • Juga menerangkan pengurusan penggunaan baja yang betul, khususnya untuk tanaman Cili.
  • Mengenalpasti jenis-jenis serangan makhluk perosak dan jenis-jenis penyakit yang sering mengancam tanaman khususnya Cili.

  • Membimbing anda mengatasi masalah serangan makhluk perosak serta langkah pencegahan.

Dan banyak lagi. Jadi apa tunggu lagi?



Demi memudahkan anda & juga memberikan anda pilihan, saya telah menyusun & menjilidkan nya kepada beberapa buah BAB. Jadi ini akan memberikan anda lebih pilihan dengan..


* Jilid 1 ( BAB 1 & 2 ) : ASAS-ASAS TANAMAN DAN PENGENALAN FERTIGASI



- E-book ini akan menerangkan tentang perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang yang ingin bergelar petani. Bagi mereka yang tiada langsung (zero) pengetahuan dalam bidang tanaman ataupun bagi mereka yang ingin menambah pengetahuan yang sedia ada.

Anda juga akan diberi sedikit pendedahan awal pengenalan tentang fertigasi.



* Jilid 2 ( BAB 3 & 4 ) : PROSES TANAMAN FERTIGASI & SISTEM PELINDUNG TANAMAN (SPT)
























- E-book ini pula menerangkan kepada anda proses-proses serta peringkat tanaman secara fertigasi dari A sampai Z. Juga, anda dapat mengetahui apa itu Sistem Pelindung Tanaman (SPT) dan juga fungsi SPT yang merupakan salah satu komponen terpenting dalam kaedah fertigasi ini.


* Jilid 3 ( BAB 5 ) : FERTIGASI TANAMAN CILI




























- E-book ini menerangkan secara terperinci kepada anda segala maklumat yang anda perlu tahu untuk memulakan projek kaedah Fertigasi khasnya untuk Tanaman Cili. Buat permulaan ini, saya memilih cili sebagai hasil tanaman. Kerana menurut hasil kajian, cili merupakan hasil tanaman yang begitu menguntungkan, kurang berisiko kepada jangkitan penyakit dan ganguan makhluk perosak, juga dari segi pasaran permintaannya di pasaran sentiasa tinggi tanpa mengira musim, serta harganya di pasaran agak stabil.


* Jilid 4 ( BAB 6 ) : PENGURUSAN PEROSAK & PENYAKIT TANAMAN CILI





























- E-book ini merupakan kesinambungan kepada buku sebelumnya, kerana ia merupakan lanjutan kepada hasil tanaman cili. Buku ini menerangkan kepada anda jenis-jenis ganguan makhuk perosak serta jenis-jenis penyakit yang berkaitan dengan tanaman Cili. Ianya sangat membantu anda bagaimana untuk mengenalpasti jenis-jenis penyakit, serta bagaimana kaedah pencegahan dan kaedah susulan yang perlu diambil sekiranya hal sedemikian timbul.



*Nilai sebuah Ilmu




Di dalam ebook "Fertigasi : Sebuah Kaedah Alternatif Baru Yang Mudah & Lumayan.", terdapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran. ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya mampu mengelakkan anda daripada kerugian beribu-ribu ringgit, malah dapat membantu melancarkan usaha anda untuk memulakan pertanian menggunakan kaedah fertigasi ini.


Belajar dari pengalaman orang lain itu adalah lebih mudah, murah dan menjimatkan masa... untuk itu, harga yang saya tawarkan kepada anda untuk anda mempelajari semua ilmu, pengalaman dan pengajaran yang terkandung di dalam ebook ini sangatlah murah dan tidak akan membebankan anda.


*Buat masa sekarang anda boleh dapatkan e-book ini dengan permulaan dengan hanya RM30 sahaja, lengkap kesemua BAB (Jilid 1,2,3,4).



Namun atas permintaan, saya memberikan pilihan kepada anda, anda juga boleh membeli secara berasingan.Anda boleh memilih untuk mendapatkan mana-mana jilid. Dan harga untuk setiap satu jilid adalah serendah RM 10 sahaja jika anda dapatkannya sekarang!!!



Ianya teramat murah jika ingin dibandingkan dengan kos yang mungkin anda terpaksa tanggung semata-mata untuk mempelajari satu ilmu & pengajaran berlandasakan pengalaman sendiri.


Diharap dengan adanya e-book ini, dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anda tentang konsep serta kaedah tanaman fertigasi. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama.



Akhirkata, tiada kata setulus ucapan "Terima Kasih" khas buat anda semua.



Yang benar,










Imran Ahmad Fauzay

blog: fertigasi-online.blogspot.com

email : fertigasi2u@yahoo.com

phone : +6012-922.1896



* Nota

1) Kami menerima kaedah pembayaran melalui Maybank2u & BankIslam.

2) Anda cuma perlu mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk membukanya.

3) Anda akan menerima ebook ini dengan serta merta selepas anda membuat bayaran, walaupun pada pukul 2 pagi.





Bagaimana cara hendak membuat pesanan?


Cara nya mudah sahaja, apa yang perlu anda buat adalah seperti berikut. Sila ikuti langkah-langkah berikut :









1. Pilih e-book yang hendak dibeli

2. Buat pembayaran ke akaun saya :




- MAYBANK ( 103052032952 )



- BANK ISLAM ( 03-04502-196-8436 )



Atas Nama : NOOR IMRAN BIN AHMAD FAUZAY



3. Kemudian, sila buat langkah susulan (follow-up step) dengan menghantar maklumat-maklumat berikut ke email : fertigasi2u@yahoo.com


Sila tulis di ruangan Subjek, “E-BOOK FERTIGASI – JILID *(yang diingin dibeli)”.

*Contoh : E-BOOK FERTIGASI – JILID LENGKAP.














a. Butiran Pembayaran :

- Jumlah bank-in :

- Bank :

- Tarikh/Masa :


b. Butiran Pembayar :

- Nama :

- Alamat email :

- No. tel :


4. Setelah semuanya selesai, pihak kami akan menghantar e-book yang dipesan tadi dengan kadar seberapa segera.


Semua E-book akan dihantar melalui e-mail!


Pihak kami akan memaklumkan kepada anda tentang penghantaran e-book tersebut.

5. Jadi, anda perlu membuka e-mail terbabit, dan membuat muaturun ke komputer anda.


Dan e-book bersedia untuk di baca.


Selesai!


*Perisian Adobe Acrobat Reader diperlukan untuk membukanya, jika tiada.. sila download percuma disini!



No comments:

Post a Comment